Teknologi terkini lebih memudahkan tugas pihak berkuasa, lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda negara.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan dron bagi memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 dalam kalangan pengunjung bazar Ramadan di sekitar ibu kota.
Selain memantau pergerakan dan memberi amaran, pihak polis juga memberi peringatan kepada pengunjung menerusi pembesar suara yang ada pada dron itu.
Rakaman video dan gambar akan dilihat di pusat operasi unit dron yang ditetapkan bagi memantau pergerakan pengunjung di bazar.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah, pemantauan menggunakan dron akan diteruskan sehingga menjelang Aidilfitri selain kehadiran anggota polis di bazar Ramadan.
“Hari ini pengunjung tidak ramai seperti hari cuti dan hujung minggu... walau bagaimanapun polis tetap mengetatkan kawalan di semua pintu masuk bazar bagi memastikan penjarakan fizikal dipatuhi,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.