
Foto: KDN
Bagi memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN 2025, pihak berkuasa akan menjalankan raptai (dry-run) pergerakan motoked melibatkan laluan VVIP pada 21 dan 22 Mei 2025 (Rabu dan Khamis).
Menurut pengumuman rasmi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM, penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat sepanjang tempoh ini bagi memberi laluan kepada raptai pergerakan konvoi rasmi.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal, elakkan kawasan yang terlibat dan patuh kepada arahan polis trafik untuk keselamatan dan kelancaran raptai.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen negara dalam memastikan acara bertaraf antarabangsa ini berjalan dengan teratur dan profesional.
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Maklumat lanjut boleh diikuti melalui saluran rasmi Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.