Anda mesti bosan dalam situasi ketika ini? Setiap individu perlu duduk di rumah untuk mencegah penularan C0VID-19 selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Astro mempersembahkan dua buah drama terbaharu yang sudah ditayangkan di Astro Ria ketika ini.
Drama ‘LOCKDOWN’ adalah berdasarkan kisah benar dan banyak mesej yang dapat dijadikan teladan.
Ia juga memaparkan pelbagai mesej yang dialami masyarakat ketika ini untuk tidak mengikut perasaan kerana ianya amat merugikan.
Drama 10 episod diterbitkan oleh Erma Fatima ini diarahkan oleh pengarah hebat Mohd Fazli Yahya serta dibintangi baisan pelakon seperti Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Marisa Yasmin, Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Liza Abdullah, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama siri terbaru, LOCKDOWN mulai 28 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam.
Drama kedua yang pasti buat anda terhibur adalah ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ yang memaparkan penceritaan yang melibatkan antara kepercayaan, kejujuran dan keihklasan, yang mana satu mampu menarik hati.
Malah, drama ini bakal mengisi slot Megadrama yang diterbitkan Suhan Movies, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta dibarisi para pelakon hebat seperti Amelia Anderson, Aqasha, and Aryan Adzrin.
Drama ini mengisahkan Ayu, seorang gadis muda yang kaya dan berkawan dengan Uwais, budak lelaki berusia enam tahun yang juga anak yatim.
Uwais berdepan dengan penyakit yang serius dan sentiasa dahagakan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Kehadiran Ayu membuatkannya untuk berkahwin dengan bapa Uwais yang tidak cintakan Ayu.
Adakah bapa Uwais, Akhtar akan berkahwin dengan Ayu demi anaknya?
Saksikan drama siri terbaru, CIK AYU MEE SANGGUL mulai 27 Julai 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Tontoni secara eksklusif di saluran ASTRO RIA HD (Ch 104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi ASTRO GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.