Fenomena Istiwa Adzam adalah satu fenomena di mana kedudukan Matahari akan berada tepat di atas Kaabah.
Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun dan umat Islam di Malaysia berpeluang membuat semakan tepat arah kiblat dengan hanya melihat bayang matahari pada 15 Julai (hari ini) Khamis pada jam 5.27 petang.
Menurut Planetarium Negara, fenomena ini merupakan kali kedua berlaku dalam tahun 2021 selepas yang pertama pada 28 Mei 2021 lalu.
Malah, bayang-bayang sinaran Mahatari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi menghala ke arah Kaabah ketika kejadian berlaku.
Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah Kiblat secara semulajadi.
Sumber: Planetarium Negara
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.