Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

‘Memori’ Papar Nilai Kasih Sayang, Pengampunan dan Tanggungjawab Dalam Keluarga Menurut Perspektif Islam

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jul 2025, 12:17 PM

‘memori’ papar nilai kasih sayang, pengampunan dan tanggungjawab dalam keluarga menurut perspektif islamFoto: GSC

Filem Memori, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 31 Julai 2025, bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi menyampaikan mesej mendalam tentang keampunan, kasih sayang dan tanggungjawab dalam keluarga, selari dengan nilai-nilai Islam.

Mengangkat kisah benar, Memori mengisahkan pergolakan hubungan antara seorang bapa dan anak lelaki yang terpisah oleh luka silam. Namun apabila si ayah disahkan menghidap Alzheimer, anak itu diuji dengan dilema memaafkan serta menghargai waktu yang masih berbaki bersama insan tersayang.

Pengajaran besar dalam filem ini adalah berkenaan konsep memaafkan, yang amat ditekankan dalam ajaran Islam.

Dalam Surah Asy-Syura, ayat 43, Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang mulia."

Oleh kerana itu, filem ini menzahirkan semangat itu secara halus dan menyentuh jiwa buat semua penonton.

Dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Dato’ Hilal Azman, Hisyam Hamid, Diana Danielle, dan Anas Ridzuan, naskhah ini juga memperlihatkan keindahan Kuala Terengganu, negeri yang kaya dengan budaya dan warisan Islam.

Pengarah filem, Abid Hussain menyifatkan karya ini sebagai satu refleksi kepada perjalanan spiritual manusia yang sarat dengan ujian, tetapi dalam masa yang sama membuka jalan kepada taubat dan pembaikan hubungan sesama ahli keluarga.

“Memori ialah kisah yang lahir daripada kesedihan, kasih sayang dan rasa syukur. Ia mengajak kita menghargai masa yang singkat bersama orang tersayang sebelum terlambat,” katanya.

Filem ini telah meraih lebih 20 anugerah antarabangsa di festival filem ternama dunia seperti di Los Angeles, Berlin, Tokyo dan India, membuktikan kekuatan naratifnya yang bersifat sejagat tetapi berakar dalam nilai moral dan spiritual yang kuat.

Creative Stew Sdn. Bhd., bersama Golden Screen Cinemas, menerbitkan filem ini sebagai usaha memperkenalkan kandungan tempatan yang bukan sahaja hebat dari sudut teknikal, malah mengangkat nilai kemanusiaan dan keimanan kepada penonton global.

“Kami yakin kisah seperti ini boleh menyentuh hati pelbagai golongan, terutama masyarakat yang menghargai nilai kekeluargaan dan tuntutan agama dalam kehidupan harian,” ujar YK Tung, Penasihat Penerbitan Filem GSC Movies.

Memori adalah sebuah peringatan halus, bahawa setiap detik bersama keluarga adalah peluang untuk menyayangi, memaafkan dan menyempurnakan amanah sebagai anak dan ibu bapa seperti dituntut dalam Islam.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us