Semalam, Israel meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza dan ia merupakan serangan pusingan kedua sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.
Malah, mereka mendakwa serangan itu sebagai tindak balas selepas serangan Gerakan Hamas.
Namun, tiada rekod mengenai jumlah korban dilaporkan setakat ini.
Polis Israel tetap menindas golongan yang tidak bersalah dan dilihat menggunakan bom tangan serta semburan air untuk menghalau penunjuk perasaan Palestin di Baitulmaqdis Timur.
Terdahulu, Israel melancarkan serangan udara pertama terhadap Gaza sejak gencatan senjata diadakan pada 16 Jun lalu.
Ia juga yang pertama sejak kerajaan gabungan baharu mengambil alih pemerintahan selepas menggulingkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Tentera Udara Israel menyasarkan markas tentera milik pejuang Hamas di bandar Khan Younes, di timur Gaza ketika serangan itu berlaku.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.