Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Legasi Nenek Diteruskan, Inisiatif Gerobok Rezeki Sedekah Barang Keperluan Kepada Penduduk Kampung Terjejas

Sesiapa boleh ambil dan sedekah barang keperluan asas secara percuma.
Muhammad Izwan Zainal
17 Jun 2021, 11:55 AM

Inisiatif membina sebuah pondok yang menyediakan barangan makanan asas secara percuma untuk penduduk Kampung Tua, Tanjung Belanja, Selangor ini diusahakan sebuah keluarga.

legasi nenek diteruskan, inisiatif gerobok rezeki sedekah barang keperluan kepada penduduk kampung terjejas

Gerobok Rezeki Opah Minah nama diberi bagi pondok itu dan ia diasaskan oleh cucu sulung arwah, Ahmad Mizuan Ahamad Tekmizi bagi membantu individu serta keluarga terjejas dan memerlukan bantuan barangan asas.

Tambahnya, idea itu diteruskannya dan diberi nama sempena arwah neneknya, Aminah Abdul Zabry yang telah meninggal dunia pada 2018

“Niat kita bina gerobok ini adalah untuk membantu penduduk kampung terutama yang terjejas ketika pandemik COVID-19 selain menyambung amalan Opah Minah ketika masih hidup dahulu,” katanya.

legasi nenek diteruskan, inisiatif gerobok rezeki sedekah barang keperluan kepada penduduk kampung terjejas

Beliau dibantu adik-adik dan hampir 20 orang sepupunya yang juga cucu Opah Minah, bersama-sama berkongsi rezeki menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, tepung, serbuk uncang teh, gula dan sebagainya.

“Pada mulanya, memang saya yang bina gerobok ini dengan izin tuan tanah untuk menyampaikan bantuan asas ini dengan kos binaan gerobok bernilai hampir RM3,000 manakala sebanyak RM250 akan saya sumbangkan untuk bekalan keperluan asas.

“Hari demi hari, ahli keluarga terdekat juga mahu bersama-sama membantu orang kampung dan usaha ini berterusan termasuk terdapat individu lain yang menghubungi saya untuk turut menyampaikan bantuan,” katanya.

legasi nenek diteruskan, inisiatif gerobok rezeki sedekah barang keperluan kepada penduduk kampung terjejas

Malah, mereka sentiasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam menghulurkan bantuan untuk diletakkan di gerobok berkenaan bagi kegunaan penduduk kampung terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kami dapat maklum balas yang baik, penduduk kampung terdekat juga ada yang datang ambil makanan. 

“Terdapat juga orang kampung yang bersihkan kawasan pondok ini secara sukarela dan ada juga yang tinggalkan wang kertas bernilai RM1 mungkin sebagai penghargaan kepada kami dan kami amat gembira sekali kerana dapat membantu,” ujarnya.

Sumber: Awani / Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}