
Foto: Google
Menerusi akaun media sosial X, Public Health Malaysia dilihat berkongsi informasi mengenai bahaya gummy eyeball.
Public Health Malaysia memberitahu tekstur dan licin dan kenyal boleh menyebabkan ‘jajan’ itu mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.
Malah, bentuknya yang bulat dan besar akan memberikan kesan sekiranya tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.
Dalam pada itu, mereka turut memaklumkan bahawa gummy eyeball berbahaya kerana ianya sukar dikeluarkan jika tersedak.
Ini berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.
Bagaimanapun, risiko lebih tinggi kepada kanak-kanak yang kecil memandangkan mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.
Oleh kerana itu, Public Health Malaysia mengingatkan bahawa kanak-kanak tidak tahu akan bahaya yang menanti, mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan sahaja.
Sekiranya ternampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, segera laporkan dan suarakan kebimbangan anda bagi mengelakkan perkara sebegini kembali terulang.
Sumber: X Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.