Foto: Al-Jazeera
Keselamatan peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kembali menjadi perhatian selepas tiga dron tidak dikenal pasti dilaporkan mengekori perjalanan kapal itu menuju ke Gaza.
Menerusi perkongsian rasmi di Instagram GSF, pihak penganjur mengesahkan semua peserta menyedari kehadiran dron berkenaan, sekali gus meningkatkan tahap berjaga-jaga.
"Pengesanan berlaku pada 9.09 malam, 21 September (GMT+2), bersamaan 3.09 pagi, 22 September waktu Malaysia. Kehadiran pelbagai dron yang mengikuti rapat kapal telah mencetuskan kebimbangan.
“Pasukan kami kini sedang memantau keadaan selain merekodkan perkembangan semasa,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, kapal GSF pernah berdepan serangan dron sebanyak dua kali pada 9 dan 10 September lalu ketika berada di jeti perairan Tunisia hingga menyebabkan kebakaran, namun tiada peserta yang cedera.
Misi kemanusiaan ini sudah berlayar lebih 20 hari dan difahamkan dijangka tiba di Gaza dalam tempoh lapan hari lagi.
Di ruangan komen, rata-rata orang ramai menzahirkan doa agar misi itu dilindungi daripada sebarang ancaman.
“Misi kemanusiaan ini perlu dijaga keselamatannya,” kata Katrin.
“Keberanian semua peserta sangat mulia. Semoga Tuhan melindungi,” ujar @_ibzy.ibrahim.
“Tiada yang mampu menghalang usaha kemanusiaan ini, malah ia jadi semangat untuk terus berjuang,” komen @Thiagoavilbrasil.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.