Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Global Sumud Flotilla Hampir Tiba di Gaza, 10 Batu Nautika Lagi Sebelum Zon Merah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
01 Oct 2025, 11:08 AM

global sumud flotilla hampir tiba di gaza, 10 batu nautika lagi sebelum zon merahFoto: Facebook

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini semakin hampir ke destinasi apabila hanya berbaki sekitar 160 batu nautika untuk sampai ke Gaza, dan dianggarkan 10 batu nautika lagi sebelum memasuki zon merah, kawasan paling berisiko tinggi berdekatan perairan Palestin yang dikawal ketat tentera Israel.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, berkata semua kapal yang terlibat sudah melepasi zon kuning pada jam 3 petang waktu Malaysia kelmarin, dan kini berdepan fasa paling genting dalam pelayaran.

“Sekretariat bersama kerajaan Malaysia sudah mengambil langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika flotila menghampiri zon merah,” katanya pada sidang media.

Beliau turut merayu seluruh masyarakat termasuk keluarga sukarelawan, penyokong misi, media serta orang ramai agar terus memberi sokongan moral, selain tidak mudah termakan dengan spekulasi atau propaganda rejim Zionis yang cuba menggugat solidariti antarabangsa.

Zon merah adalah kawasan kritikal di Laut Mediterranean yang sering menjadi lokasi sekatan, intimidasi atau serangan tentera laut Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan. Garisan tidak rasmi ini menjadi cabaran terbesar buat misi seperti GSF untuk menembusi kepungan laut Israel dan menghantar bantuan terus ke Gaza.

 

 

“Melihat kepada kebangkitan masyarakat dunia, dari media sosial hingga ke Parlimen negara masing-masing, ini adalah kemenangan moral bukan sahaja untuk Malaysia, malah seluruh dunia. Ia memberi keyakinan peluang flotila untuk sampai ke Gaza semakin cerah,” jelas Sani.

Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan dua kapal dari Turkiye iaitu Sunflower dan Australe akan bergabung dengan konvoi GSF. Delegasi Malaysia juga berada dalam keadaan baik, sementara bantuan kemanusiaan daripada Turkish Red Crescent telah pun dihantar melalui kapal tentera laut Turkiye.

Bagi aspek keselamatan, SNCC menyiarkan rakaman langsung CCTV dari kapal-kapal terpilih. Namun, dua kapal iaitu Nusantara (Tunisia) dan Taigete (Itali) mengalami kerosakan serius dan tidak dapat meneruskan pelayaran. Kapal Sirius dan Free Willy berjaya dibaiki, manakala Fair Lady kini ditunda oleh kapal Estrella Manuel.

Sani menegaskan semua langkah persediaan telah diatur rapi, dan flotila akan meneruskan pelayaran walaupun berdepan risiko tinggi dalam beberapa jam akan datang.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us