
Foto Hiasan
Pernah tak kita terfikir, betapa indahnya dunia kalau semua orang buat benda-benda kecil tetapi bermakna seperti hulur makanan, atau beri salam walaupun kita tak kenal siapa orang tu?

Foto: JAKIM
Dalam satu hadis yang dikongsi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Rasulullah SAW pernah ditanya: “Apakah ajaran Islam yang paling utama?”
Jawapan Baginda sangat ringkas tetapi luar biasa:
"Kamu memberi makan dan memberi salam kepada siapa yang kamu kenali dan tidak mengenalinya."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Kenapa Hadis ini memberi maksud mendalam?
Kerana ia menunjukkan betapa Islam mengajar kita untuk menjadi manusia yang peduli, bukan sahaja pada orang yang rapat dengan kita, tetapi juga kepada yang asing.
Bayangkan jika;
-Kita hulur nasi lemak pada pakcik gelandangan,
-Kita senyum dan beri salam kepada pengawal tempat kerja,
-Kita berkongsi makanan dengan rakan sekerja atau di sekolah…
Mungkin nampak kecil, tetapi kesannya besar. Kadang-kadang satu salam boleh ubah hari orang lain daripada murung menjadi ceria. Satu bungkusan makanan boleh jadi penyelamat bagi orang yang sedang lapar dan tak tahu nak minta tolong pada siapa.
Apa yang lebih menarik, Rasulullah SAW tak suruh kita buat benda luar biasa atau mahal. Cukup sekadar beri makan dan beri salam. Dua perkara yang semua orang boleh buat, tak kira kaya atau miskin, tua atau muda.
Sumber: JAKIM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.