Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hagia Sophia Kembali Jadi Masjid Selepas 86 Tahun, Presiden Turki Minta Orang Ramai Hormati Keputusan Mahkamah

Tapak warisan dunia, Hagia Sophia di Turki kembali menjadi masjid.
Editor
13 Jul 2020, 12:30 PM

Bangunan ikonik, Hagia Sophia yang kini berfungsi sebagai muzium telah menukar statusnya kepada masjid telah dibenarkan oleh Kerajaan Turki.

hagia sophia kembali jadi masjid selepas 86 tahun, presiden turki minta orang ramai hormati keputusan mahkamah

Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Turki telah dilakukan selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah status bangunan itu kepada muzium.

Keputusan ini sejajar dengan seruan Presiden Turki, Recep Taayip Erdogan yang mahukan tapak warisan dunia itu menukar status kepada masjid walaupun mendapat kecaman dan bantahan hebat dari Amerika Syarikat dan pemimpin Kristian Ortodoks.

hagia sophia kembali jadi masjid selepas 86 tahun, presiden turki minta orang ramai hormati keputusan mahkamah

Bukan itu sahaja, menurut media antarabangsa, keputusan itu juga mencetuskan ketegangan dengan negara jiran, Greece yang mahu kekalkan tapak warisan itu sebagai muzium.

Walaubagaimanapun, Presiden Erdogan bersuara dan meminta semua pihak agar menghormati keputusan yang dilakukan oleh pihak Mahkamah Tinggi Turki.

hagia sophia kembali jadi masjid selepas 86 tahun, presiden turki minta orang ramai hormati keputusan mahkamah

Erdogan menjelaskan bahawa ini menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status tapak warisan tersebut.

“Saya meminta semua menghormati keputusan yang dibuat oleh cabang kehakiman mengenai Hagia Sophia.

"Sudah tentu kami menghargai segala pandangan yang dinyatakan komuniti antarabangsa mengenai hal ini.

"Adalah menjadi hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status Hagia Sophia,” katanya.

hagia sophia kembali jadi masjid selepas 86 tahun, presiden turki minta orang ramai hormati keputusan mahkamah

Erdogan kemudian menjelaskan lagi bahawa Hagia Sophia akan tetap dibuka kepada semua pengunjung. Masjid tersebut akan dibuka untuk solat Jumaat mulai 24 Julai depan.

Sebelum ini, premis itu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan berkenaan yang dibangunkan pada kurun keenam.

Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}