Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Haiwan Peliharaan Pun Ada Nafkah Yang Perlu Ditunaikan!

Nafkah kepada haiwan? Macam mana tu?
Editor
07 Mar 2021, 03:00 PM

Jika anda ada membela kucing atau apa pun haiwan peliharaan, anda perlu menjada haiwa tersebut dengan sebaik mungkin. Tapi perlukah berikan nafkah kepada haiwan peliharaan? Apakah nafkah yang dimaksudkan?

Manusia perlu menunaikan nafkah kepada tanggungannya, maka mereka perlu menunaikan nafkah kepada haiwan peliharaannya. Secara tak langsung, haiwan peliharaan juga sudah termasuk di bawah tanggungan seseorang. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin berdasarkan kemampuan.

haiwan peliharaan pun ada nafkah yang perlu ditunaikan!

Menurut ulama, hukum melaksanakannya adalah wajib. Imam Abu Syuja berkata:

وَنَفَقَة الرَّقِيق والبهائم وَاجِبَة

Maksud: “Dan bermula nafkah kepada hamba dan bahimah (haiwan ternakan) itu adalah wajib.” (Matan al-Ghayah wa al-Taqrib)

Menurut ulama, ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu tempat tinggal, makanan dan minuman.

haiwan peliharaan pun ada nafkah yang perlu ditunaikan!

Jadi, haiwan yang dipelihara itu perlu diberi tempat tinggal yang selesa dan muat untuk mereka. Perlu juga dilihat berdasarkan kemampuan anda. Jika tidak mampu, memberi kucing anda tidur di dalam kotak yang dialas dengan kain juga sudah memadai. Asalkan, ia selesa. Ambil masa untuk mencuci dan membersihkan tempat tinggal mereka agar tidak terlalu berbau atau kotor.

Begitu juga dengan makanan dan minuman. Jangan dibiarkan ia kelaparan. Makanan dan minuman itu juga perlulah yang boleh memberi kesihatan kepada mereka. Tambah lagi, jika nafkah ini gagal diberikan sehingga menyebabkan haiwan itu terseksa atau mati, maka dia akan menanggung dosanya.

haiwan peliharaan pun ada nafkah yang perlu ditunaikan!

Sebagaimana sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:

Maksud: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang ditambatnya tanpa memberikan makan dan dia tidak melepaskan kucing tersebut untuk makan sendiri binatang yang berkeliaran di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 3318)

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}