Pelakon, Haneesya Hanee tidak menyangka foto mengenakan hijab yang dikongsikan baru-baru ini menerima banyak komen positif dalam kalangan netizen.
Pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, berkata beliau sudah lama menantikan komen dan ucapan positif daripada netizen.
Beliau meluahkan rasa gembira takkala membaca komen positif, meskipun imej berhijab itu untuk penggambaran.
Ia sedikit sebanyak membuat Haneesya terbuka hati untuk mengenakan hijab.
“Dah lama saya ada niat untuk berhijab, Cuma belum masanya lagi.. Insya-Allah suatu hari nanti,” ujar Haneesya.
Foto Haneesya mengenakan hijab di Instagram mendapat banyak komen dan tanda suka daripada peminat.
Sumber: Mstar / Instagram Haneesya Hanee
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.