Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.
Umat Islam juga diseru untuk membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
Peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan terutamanya kehidupan Nabi SAW.
Ayat-ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Hari ini 17 Ramadan, hari yang bermakna bagi seluruh umat Islam dalam meraikan Nuzul al-Quran.
Kitab suci umat Islam itu diturunkan dari Loh Mahfuz di langit ketujuh menuju Baitul Izzah di langit dunia, sebelum diturunkan beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh 23 tahun.
Sebagai umat Islam, sambutan hari ini perlu diraikan dengan cara menghargai peranan al-Quran sebagai panduan dan peneman hidup kita.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.