Pandemik COVID-19 dilihat telah menyebabkan ramai individu di luar sana kehilangan mata pencarian. Ada yang telah dibuang kerja, ada yang dilanda muflis dan ada juga yang masih lagi bergelut dengan mencari kerja.
Namun, situasi ini tidak seharusnya menyebabkan kita berputus asa dan lemah semangat sebaliknya sentiasa berusaha dan bertawakal dengan Allah SWT dalam mencari punca rezeki dalam situasi sukar ini.
Rezeki harus dicari dengan meletakkan usaha serta kerja keras, membanting tulang dan memerah keringat. Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud:
لَأَنْ يَحْتَطِبَ أحَدُكُمْ حُزْمَةً علَى ظَهْرِهِ، خَيْرٌ له مِن أنْ يَسْأَلَ أحَدًا، فيُعْطِيَهُ أوْ يَمْنَعَهُ.
Maksud: “Sungguh, seorang dari kamu yang memikul kayu api di atas belakangnya lebih baik baginya daripada dia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberinya atau menolaknya.”
(HR Bukhari, no. 2074)
Manusia yang bekerja lebih baik daripada manusia yang melayan kemalasan dan meminta-minta apatah lagi tidak berusaha untuk mencari rezeki dengan cara yang terbaik.
Jadi, teruskan berusaha untuk mencari rezeki agar Allah SWT akan memberi peluang kepada anda untuk meraih keberkatan hidup, ketahuilah Allah amat menyukai hambaNya yang berusaha.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.