Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hampir 40,000 Kes Wabak HFMD di Selangor, Kluster Banyak di Rumah & Taska

IDRUS, Husna Najwa
22 May 2025, 04:22 PM

hampir 40,000 kes wabak hfmd di selangor, kluster banyak di rumah & taska

Gambar Hiasan

Selangor telah mencatatkan sebanyak 39,233 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 19 yang berakhir pada 10 Mei lalu.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin memaklumkan bahawa keadaan semasa penularan HFMD masih terkawal dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan hasil pelaksanaan langkah kawalan bersepadu.

Menurut beliau, peningkatan kes mula ketara bermula ME 15 hingga ME 19, iaitu selepas minggu pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Faktor peningkatan termasuk pergerakan masyarakat yang lebih aktif, amalan kunjung-mengunjung, interaksi rapat dalam kalangan kanak-kanak di rumah saudara-mara, serta perkongsian makanan dan permainan. Selain itu, kelonggaran saringan di pintu masuk pusat jagaan kanak-kanak turut menyumbang kepada penyebaran jangkitan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sembilan kes varian Enterovirus 71 (EV71) turut direkodkan, melibatkan tujuh kes di Sabak Bernam dan dua di Hulu Langat. Seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital telah sembuh, manakala lapan lagi hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sebahagian besar kluster HFMD dilaporkan berlaku di institusi penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika, prasekolah dan pusat tuisyen (42.8 peratus), selain sekolah rendah (5 peratus), pusat jagaan harian (3 peratus), dan sekolah menengah (0.2 peratus). Selebihnya, 49 peratus kluster berlaku di kediaman.

Sehingga ME 19, sebanyak 192 premis pendidikan ditutup secara sukarela, manakala 435 lagi diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga telah mengarahkan peningkatan pengambilan sampel di kawasan wabak untuk pemantauan dan pengesanan varian virus dengan lebih berkesan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us