Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Sudah Jadi Trend Di Media Sosial, Hiburan Berbentuk Prank

Tapi kenapa nak bergurau dengan cara melakukan prank?
Editor
03 Nov 2020, 07:00 AM

Bergurau dengan usikan berbentuk prank bukanlah satu perkara yang baru sahaja berlaku. Bahkan, perbuatan ini sudah menajdi satu norma dalam masyarakat terutama sekali dalam kalangan kawan-kawan rapat.

Dulu selalunya prank akan dilakukan secara fizikal seperti menarik kerusi kawan, ataupun baling tepung ketika sambutan birthday. Tetapi situasi hari ini pula, prank sering dilakukan lebih kepada emosi berbanding fizikal. Bergurau senda boleh sahaja, asalkan tidak meninggalkan kesan yang teramat kepada orang yang terkena itu. Dan dalam dunia hari ini, kesihatan emosi amat penting dan harus dilihat sebagai satu prioriti.Tapi kenapa nak bergurau dengan cara melakukan prank?

via GIPHY

Adakah untuk hiburan semata-mata? Mungkin ada yang bergurau demi hiburan, tapi ada orang yang melakukan prank semata-mata ingin menguji kesetiaan pasangan ataupun kawan. Apa kata Islam? Mengapa ingin melakukan perkara yang tidak bermanfaat semata-mata demi hiburan atau dengan tujuan ingin viral.

Maksud: “Seorang muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seorang muslim (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 10)

sudah jadi trend di media sosial, hiburan berbentuk prank

Allah juga melarang hambaNya bergurau dengan gurauan yang melampaui batas sehingga boleh menimbulkan kecederaan sama ada kepada fizikal, emosi mahupun mental. Setiap perbuatan termasuklah hiburan dan gurauan haruslah dilakukan berpada-pada. Itu adalah hak dan adab kepada sesama muslim agar dapat menjaga keharmonian dan kedamaian dalam pergaulan.

Allah melarang manusia untuk mencari dan menyebarkan aib seseorang. Setiap orang punya aibnya yang sendiri. Setiap orang penuh dengan dosa dan perkara yang pastinya ingin disimpan sendiri kerana malu jika orang tahu.

Maksud: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmizi, no. 2032)

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}