Hikmah di sebalik penangguhan ibadat haji tahun ini dilihat kepada syarat wajibnya iaitu syarat berkemampuan atau istito'ah termasuk dari segi kesihatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Anisah Abdul Ghani, hal berkaitan istito'ah ini seringkali diingatkan kepada jemaah, malah menjadi antara 17 resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 mengikut situasi semasa.
“Sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan di dunia ini pasti akan memberi kebaikan kepada diri kita sendiri sekiranya kita bersyukur dan bersabar,” katanya
Tambahnya, jika tidak mampu dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran atau kuota (4K) untuk menunaikan ibadat haji, seseorang itu tidak wajib dan tidak berdosa mengikut syarat wajibnya.
Malah, ujian berat bagi bakal jemaah haji dengan penangguhan ibadat haji buat kali kedua ini pasti mempunyai hikmah buat umat Islam.
Sumber: Awani / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.