Hubungan toksik merupakan istilah baru yang digunakan pada zaman ini bagi menunjukkan hubungan yang terjalin itu tidak sihat kepada diri sendiri terutama sekali dari segi emosi dan mental.
Hubungan toksik ini bukan sahaja dikategorikan antara pasangan suami isteri ataupun pasangan yang bercinta tetapi hubungan toksik boleh juga terjadi dalam kalangan kawan-kawan.
Satu tali perikatan ini amat penting dan suci. Sebab itulah ramai yang berkata anda tidak perlu jumlah kawan yang ramai hanya perlu kawan yang sanggup bersusah senang dengan anda.
Tetapi jika hubungan yang anda jalani pada waktu ini lebih banyak membuat anda menitiskan air mata berbanding anda bersenyum dan gelak ketawa, maka sudah tiba masanya untuk anda menutup tirai pada satu hubungan tersebut.
Bagaimana anda ingin tahu anda sedang berada dalam hubungan yang kurang sihat?
- Hilang diri sendiri kerana cuba meletakkan kesempurnaan
- Kurang kepercayaan terhadap pasangan
- Kurang komunikasi
- Pasangan kerap naik tangan kepada diri anda (dipukul atau ditampar)
- Anda merasa terbeban dengan hubungan tersebut
- Anda sering dimanipulasi dengan kata-kata manisnya
Perhubungan sama ada percintaan, persahabtan, keluarga dan sebagainya merupakan sebuah corak warna yang melengkapi kehidupan kita.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.