Makkah dilanda hujan lebat luar biasa sejak petang Selasa mengakibatkan beberapa kawasan di bandar dilanda banjir kilat.
Menurut ciapan di akaun Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat dilaporkan turun tidak henti sejak Asar dan menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.
Pihak berkuasa tempatan bertindak dan mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua penduduk.
Sebelum ini, amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi dikeluarkan pihak berkuasa dari Jumaat sehingga Selasa lalu.
Hujan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah terlibat dengan musibah ini.
Memetik laporan media tempatan, ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur turut terjejas yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.
Malah, rakaman video hujan batu di kawasan Kaabah juga dikongsi di media sosial dan situasi ini amat jarang berlaku sebegini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.