Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Pesakit Asma Wajib Baca, Ini Hukum Sebenar Guna Inhaler Sewaktu Berpuasa Menurut Mazhab Syafi’i!

IDRUS, Husna Najwa
13 Feb 2026, 10:46 AM

pesakit asma wajib baca, ini hukum sebenar guna inhaler menurut mazhab syafi’i!

Foto Hiasan

Isu penggunaan inhaler ketika siang Ramadan sering jadi tanda tanya, khususnya dalam kalangan pesakit asma. Dalam Irsyad Hukum Siri Ke-888, perbahasan ini dihuraikan secara terperinci kerana wujud perbezaan pandangan dalam kalangan ulama kontemporari.

Sebahagian ulama dan badan fatwa seperti di Jordan, Kuwait, Australia serta panduan yang disahkan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia berpandangan bahawa penggunaan inhaler membatalkan puasa.

Alasannya:

  • Ubat daripada inhaler masuk ke dalam rongga (jauf).
  • Ia mengandungi jirim (bahan yang boleh dilihat atau mempunyai zat), bukan sekadar udara.
  • Maka, sesiapa yang menggunakannya perlu mengganti puasa (qadha).
  • Jika sakit kronik dan tiada harapan sembuh, memadai dengan membayar fidyah.

Sebahagian tokoh seperti Syeikh Ibn Baz, Ibn Uthaimin dan beberapa badan fatwa termasuk Dar al-Ifta’ Mesir serta al-Lajnah al-Daimah Saudi berpandangan ia tidak membatalkan puasa.

pesakit asma wajib baca, ini hukum sebenar guna inhaler menurut mazhab syafi’i!

Hujah mereka:

  • Ia bukan makanan atau minuman.
  • Ia lebih menyerupai udara bercampur ubat yang diperlukan untuk pernafasan.
  • Diqiaskan seperti debu atau asap yang sukar dielakkan.

Malah, satu persidangan fiqh perubatan antarabangsa turut cenderung kepada pandangan ini.

Perspektif Mazhab Syafi’i

Dalam mazhab Syafi’i, sesuatu yang mempunyai jirim dan masuk ke rongga boleh membatalkan puasa.

Inhaler diketahui mengandungi campuran air, oksigen dan bahan ubat yang menunjukkan adanya unsur jirim. Oleh itu, secara asasnya ia boleh membatalkan puasa.

Namun, mazhab Syafi’i juga sangat menitikberatkan konsep darurat dan kesulitan (masyaqqah).

pesakit asma wajib baca, ini hukum sebenar guna inhaler menurut mazhab syafi’i!

Foto Hiasan

Contoh keringanan yang dibincangkan ulama:

  • Ubat telinga ketika sakit yang tidak tertanggung.
  • Memasukkan semula buasir kerana keperluan.
  • Menelan darah akibat gusi berdarah yang berterusan.

Berdasarkan prinsip ini, sebahagian ulama mutakhirin Syafi’i memberi kelonggaran kepada pesakit asma kronik yang benar-benar memerlukan inhaler.

Menurut keputusan Bahsul Masail dan panduan rasmi:

Jika serangan ringan dan tidak darurat → penggunaan inhaler membatalkan puasa dan wajib qadha.

Jika serangan berat atau kronik (darurat) → tidak membatalkan puasa menurut pandangan mutakhir Syafi’i.

Untuk lebih berhati-hati, pesakit boleh memilih untuk membayar fidyah, terutama jika penyakit berpanjangan dan sukar sembuh.

Pesakit asma tidak perlu memudaratkan diri semata-mata ingin meneruskan puasa tanpa rawatan. Pada masa sama, bagi yang mampu menangguhkan penggunaan atau mengganti puasa kemudian, itu lebih selamat.

Akhirnya, keadaan setiap individu berbeza. Jika ragu, rujuk doktor dan pihak berautoriti agama untuk kepastian.

Wallahu a‘lam.

Rujukan: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us