Sebelum ini pernah dengar akan anjuran untuk tidak mengeringkan wuduk selepas mengambilnya. Sebaliknya teruskan sahaja menunaikan solat dengan keadaan masih dibasahi wuduk. Ada juga yang mengatakan, paling kurang pun, biarkan keadaan muka masih dibasahi wuduk.
Jumhur ulama ada membahaskan hukum mengeringkan wuduk. Terdapat beberapa dalil yang menyebut mengenai situasi ini.
#1 – Makruh Mengeringkan Wuduk
Sebahagian ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh berdasarkan situasi yang berlaku kepada Maimunah RA yang memberikan kain kepada Baginda untuk mengeringkan wuduknya, namun ia ditolak.
Menurut pada ulama dari Mazhab Syafi’e – disunatkan untuk meninggalkan wuduk tersebut dan biarkan ia kering sendiri.
#2 – Harus Mengeringkannya
Manakala, sebahagian daripada Mazhab Syafi’e menyebutkan bahawa, perbuatan mengeringkan anggota wuduk tidaklah jatuh hukum makruh.
Memang, pernah ada dalil yang menyebutkan Baginda tidak mengeringkan anggota wuduknya, namun terdapat juga dalil yang sahih yang menunjukkan bahawa Baginda akan mengeringkan anggota wuduknya.
Maksud: “Baginda SAW memiliki kain yang digunaka untuk mengeringkan anggota badan setelah berwuduk.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 53)
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.