Foto sekadar hiasan
Umat Islam diingatkan agar tidak menjual mana mana bahagian daripada haiwan korban seperti kepala kaki kulit organ dalaman atau tulang selepas ibadah korban dilaksanakan.
Larangan ini ditegaskan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang memaklumkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram di sisi syarak kerana menyalahi maksud sebenar ibadah korban.
Menurut beliau ibadah korban adalah satu bentuk pengorbanan hamba kepada Allah yang dilakukan dengan penuh ikhlas dan reda. Apabila haiwan dikorbankan maka setiap bahagiannya sama ada daging tulang atau kulit hendaklah diagihkan kepada fakir miskin atau disedekahkan kepada mereka yang layak.
Perbuatan menjual mana mana bahagiannya walaupun dengan alasan untuk menampung kos pengurusan masjid atau membiayai program korban tetap dianggap menyalahi hukum.
“Menjual mana mana bahagian haiwan korban seperti kepala kaki atau kulit termasuklah tulang dan organ dalaman hukumnya adalah haram. Ia bercanggah dengan maksud sebenar ibadah korban yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan,” kata beliau.
Tambah beliau lagi walaupun niat menjual itu mungkin untuk tujuan baik seperti menampung kos pengurusan atau upah pekerja namun matlamat tidak menghalalkan cara. Ibadah korban mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi dan tidak boleh dilakukan sesuka hati.
“Jika mahu membayar upah penyembelih atau pengurus korban gunakan wang lain bukan hasil daripada jualan mana mana bahagian haiwan korban.
“Malah jika ada lebihan daging sekalipun ia sebaiknya dimasak dan dijamu dalam majlis kenduri korban atau diagihkan terus kepada fakir miskin. Tidak wajar ia dijual walaupun tiada orang yang mahu mengambilnya,” jelas beliau lagi.
Larangan ini penting untuk difahami dan dipatuhi oleh semua pihak terutama pihak pengurusan masjid surau dan jawatankuasa ibadah korban. Kegagalan mematuhi garis panduan syarak bukan sahaja mencacatkan ibadah tersebut malah boleh menyebabkan ibadah korban menjadi tidak sah dari segi hukum.
Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan tetapi mengandungi nilai nilai pengorbanan keikhlasan dan keinsafan yang tinggi. Ia juga merupakan peluang untuk umat Islam memperkukuhkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia melalui agihan daging kepada golongan yang lebih memerlukan.
Justeru umat Islam dinasihatkan untuk lebih berhati hati dalam melaksanakan ibadah korban dan memastikan setiap langkah yang diambil berlandaskan hukum syarak. Mengambil ringan dalam hal ini boleh menyebabkan ibadah yang sepatutnya menjadi amalan mulia bertukar menjadi sesuatu yang tidak diterima oleh Allah.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.