Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hukum Pindah Tempat Selepas Solat?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
31 Jul 2025, 11:22 AM

hukum pindah tempat selepas solat?

Foto sekadar hiasan

Berpindah tempat selepas selesai menunaikan solat, sama ada solat fardu atau sunat, adalah suatu amalan yang disunatkan dalam Islam. Tujuan amalan ini adalah untuk memperbanyakkan tempat sujud, kerana setiap tempat yang digunakan untuk bersujud akan menjadi saksi kepada amal ibadah seseorang pada hari kiamat.

Perkara ini disebut dalam kitab Fathul Mu’in yang menyatakan bahawa disunatkan seseorang itu berpindah dari tempat solatnya sama ada untuk menunaikan solat fardu atau sunat, asalkan tidak bercanggah dengan keutamaan lain seperti kelebihan berada di saf pertama.

 

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW pernah membaca ayat keempat dari Surah Az-Zalzalah:

"يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا"

Yang bermaksud: "Pada hari itu bumi akan menceritakan khabar beritanya."

Baginda kemudian menjelaskan maksud ayat ini dengan bersabda bahawa bumi akan menjadi saksi terhadap setiap perbuatan yang dilakukan manusia di atasnya, sama ada lelaki atau perempuan. Bumi akan berkata: "Engkau telah melakukan itu dan ini pada hari sekian dan sekian."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan menunjukkan bahawa setiap tempat yang digunakan untuk ibadah akan menjadi saksi di akhirat kelak.

Kesimpulannya, disunatkan bagi seseorang yang ingin melakukan solat kedua selepas satu solat, agar berpindah ke tempat lain meskipun hanya sedikit dari tempat asalnya. Walau bagaimanapun, jika seseorang tidak berpindah tempat, maka tiada sebarang kesalahan dikenakan ke atasnya.

Sumber: Facebook

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us