Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hukuman Lebih Berat Menanti Sekiranya Buang Sampah Secara Haram Di Selangor

Aimi Amira Nordin
25 Feb 2025, 03:38 PM

hukuman lebih berat menanti sekiranya buang sampah secara haram di selangor

Foto sekadar hiasan

Pihak yang terlibat dengan pembuangan sampah secara haram di Selangor bakal dikenakan denda sehingga RM100,000 dan penjara minimum lima tahun.

Memetik laporan Bernama, Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor Datuk Ng Suee Lim menjelaskan bahawa hukuman tersebut akan ditetapkan selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan  Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dikuatkuasakan.

“Kerajaan negeri dan Persekutuan kini di peringkat rundingan untuk meratifikasi akta tersebut bagi memastikan prosedur pengurusan sisa pembuangan sampah yang lebih baik.

"Akta 672, kalau kita berjaya meratifikasi akta tersebut, kita akan gunakan undang-undang yang ada di dalam akta tersebut untuk melaksanakan penguatkuasaan dan hukuman sehingga RM100,000 dan penjara tidak kurang lima tahun.

"Itu membantu kita tangani kes pembuangan sampah secara haram melalui penguatkuasaan selepas pemakaian Akta 672 tidak lama lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Ng menjelaskan,  ini akan turut menambah baik peruntukan sedia ada seperti Undang-Undang Kecil Pungutan, Pembuangan Sampah dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata Kerajaan Selangor akan memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta 672, yang dijangka dilakukan awal tahun ini, sekali gus mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal ditanggung pentadbirannya menerusi KDEB Waste Management (KDEBWM).

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us