Pelakon Ika Nabila yang baru-baru ini kongsi penampilan barunya mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.
Menurut Instagram miliknya, Nabila menulis di ruangan kapsyen bahawa dia sedang menyesuaikan diri dengan penampilan barunya dalam masa sama berhasrat ingin menjadi isteri dan ibu yang baik.
“Saya menerima banyak panggilan dari semua medium yang bertanyakan banyak soalan mengenai imej baharu saya.
“Sebenarnya saya sedang menyesuaikan diri dan masih mencuba untuk menjadi seorang yang lebih bagus, sebagai seorang isteri dan ibu juga.
“Doakan saya ya, sepertimana saya mendoakan kamu semua. Segan sebenarnya,” tulisnya.
Nabila berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya dengan memuat naik gambar manisnya sudahpun berhijab.
Rata-rata ucapakan tahniah diucapkan kepada Nabila di ruangan komen dan ramai yang mendoakan agar pelakon tersebut terus beristiqomah dengan penghijrahannya itu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.