Artikel ini ditaja oleh Content Forum
Kredit: Canva; Edit: Zayan
Selebriti media sosial, influencer, Insta-famous atau pempengaruh! Itulah antara sebahagian gelaran bagi mereka yang popular di media sosial.
Dengan jumlah pengikut yang ramai, mereka membina jenama dan nama yang mampu mempengaruhi orang ramai.
Bayangkan, menurut laporan Statistik Global Oktober 2021 Digital, terdapat 4.55 bilion pengguna media sosial aktif di seluruh dunia, iaitu 57.6% daripada jumlah penduduk dunia.
Malah, secara purata seseorang menghabiskan 2 jam dan 27 minit di media sosial setiap hari 😱. Malaysia sahaja, setakat Januari 2021, 86% penduduk telah menggunakan media sosial. Banyak kan!
Kini satu daripada kaedah pemasaran atau pengiklanan media sosial yang paling banyak digunakan ialah menggunakan pengaruh media sosial atau influencer ini.
Ulasan, pujian atau pandangan pempengaruh ini mampu menyumbang kepada keputusan pengguna dalam membeli sesuatu produk. Betapa hebatnya pengaruh mereka dalam pengiklanan produk!
Namun, di sebalik ‘kuasa’ yang dimiliki mereka ini, sejauh mana sebenarnya tanggungjawab pempengaruh ini dalam mengiklan sesuatu produk?
Adakah apa yang disampaikan di media sosial itu benar-benar jujur atau hanya iklan semata-mata?
Berikut antara jenis ‘red flag’ pempengaruh yang korang patut kenal pasti!
1# Reka Cerita Atau Overclaim!
Antara kebimbangan yang sering tercetus, adalah sejauh mana kejujuran pempengaruh ini dalam melakukan ulasan atau review sesuatu produk.
Adakah mereka benar-benar mencuba untuk mengetahui keberkesanan produk tersebut atau sekadar melontarkan skrip yang dibayar?
Bagaimana jika kesan produk itu indah khabar daripada rupa?
Contohnya, jika pempengaruh mendakwa berat badannya turun 5kg selepas menggunakan produk XXX, adakah ia benar mereka menggunakan produk berkenaan?
Sebab inilah pengguna harus bijak sebelum terpengaruh dengan setiap review.
Rajinkan mendidik diri supaya membuat kajian terlebih dahulu tentang produk terutama bahan digunakan.
#2 Gimik Simpati Untuk Tarik Followers?
Antara trend yang kerap digunakan oleh pempengaruh sekarang adalah gimik! Lebih teruk lagi jika gimik digunakan adalah gimik murahan yang menyebabkan isu-isu sensitif berlaku.
Jadi, janganlah sesekali terpedaya dengan dakwaan mereka 100 peratus.
Contohnya, jika pempengaruh membuat video sedih mendakwa dirinya diejek kerana berwajah kurang cantik dan kemudian satu produk telah mengubah hidupnya, berfikirlah sejenak!
Betulkah ia benar-benar berlaku atau ia hanya gimik dan rekaan semata-mata untuk meraih simpati pengguna?
Lebih teruk lagi, ada pempengaruh yang dahagakan kontroversi atau gimik murahan untuk menambah engagement atau followers.
Ye lah, lebih banyak followers, lebih banyak paid review masuk kan?
#3 Iklan Produk Kesihatan Yang Melanggar Akta? Bahaya Weh!
Kredit: KKM
Sangat bahaya apabila sesebuah jenama tidak beretika, menggunakan pemasaran pempengaruh untuk melariskan produk yang melanggar peraturan atau akta kesihatan.
Sesetengah daripada mereka langsung tidak bertanggungjawab mengeksploitasi dan memanipulasi pempengaruh untuk melanggar peraturan pengiklanan ini.
Apa yang lebih teruk ialah kandungan yang ditaja ini didakwa mampu menyembuhkan kanser, merawat diabetes serta-merta, meningkatkan fungsi jantung, buah pinggang dan macam-macam lagi.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan tau! So hati-hati jika ada pempengaruh yang mengiklankan produk sebegini.
Anda boleh lihat senarai penuh di bawah:
#4 Berpura-Pura Puji Produk Walaupun Hakikatnya Dibayar!
“Ini bukan paid review ya, ini pengalaman saya sendiri,” pernah dengar ayat sebegini? Adakalanya ayat tersebut mencurigakan bukan?
Paling risau apabila pempengaruh menipu pengguna kononnya mereka langsung tidak dibayar untuk mempromosikan produk tersebut.
Perkataaan ‘tidak dibayar’ ini dijaja kepada pengguna supaya memperlihatkan pempengaruh sanggup mempromosikan produk secara percuma.
Sudah tentulah pengguna kagum! Tak bayar pun influencer sanggup promote! Mesti bagus kan?
Sebab itulah pempengaruh perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka ‘jual’ di media sosial. Jangan disebabkan duit dan bayaran mewah, pengguna tertipu!
Amalan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja meletakkan pengguna berisiko, terdedah kepada iklan yang mengelirukan tetapi pengaruh itu sendiri juga telah mempertaruhkan reputasi baik mereka.
Jadi apa yang perlu pempengaruh lakukan?
Kredit: Canva
Pempengaruh harus memahami bahawa siaran berbayar mereka harus diiktiraf sebagai iklan dan perlu mematuhi garis panduan pengiklanan.
Sebagai contoh, dalam Bahagian 3 Kod Kandungan dijelaskan bahawa iklan tidak boleh mengandungi atau merujuk kepada mana-mana testimoni atau pengendorsan melainkan ia tulen dan berkaitan dengan pengalaman peribadi dalam tempoh masa yang munasabah.
Di bawah Bahagian 3 kod yang sama, setiap kali pempengaruh menyiarkan sesuatu di bawah pengaturan komersial, ia akan didedahkan dengan jelas sebagai pertukaran untuk pembayaran secara tunai atau beberapa pengaturan timbal balik lain sebagai ganti tunai.
Secara ringkasnya, pempengaruh perlu melaksanakan peraturan kendiri dan berhati-hati tentang jenis kandungan yang dibayar untuk mereka siarkan.
Pastikan review yang dibuat mengikut etika digariskan dan jenis produk juga tidak melanggar sebarang akta kesihatan.
Mereka harus melindungi diri mereka daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, termasuklah terlibat dalam iklan yang mengelirukan khususnya iklan yang mungkin memberi kesan negatif yang besar dan implikasi kewangan kepada pengikut mereka.
Untuk pengguna pula, jadilah pengguna bijak dengan melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum membeli apa jua produk yang disarankan pempengaruh.
Jangan mudah terpedaya okay!
Apa itu Kod Kandungan?
Kredit: Content Forum
Untuk makluman anda, kesemua garis panduan untuk pengiklanan media sosial ini sebenarnya boleh didapati dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia yang diterbitkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF).
Forum Kandungan ini adalah organisasi industri kawal sedia kendiri yang bebas dan didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan ditetapkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (CMA’98).
Tujuan utamanya adalah untuk menyelia dan mempromosikan kandungan kawal selia kendiri melalui medium rangkaian elektronik.
So kalau nak faham lebih lanjut lagi mengenai isu berkaitan pengiklanan media sosial dan etika yang sepatutnya dipatuhi, boleh semak di Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan).