Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

‘Jual’ Agama Untuk Lariskan produk? Ini 7 Perkara Yang Anda Kena Tahu Supaya Tak Tertipu!

Jangan terus percaya, check dulu kesahihannya.
Izza Yatim
15 Aug 2022, 06:00 AM

Artikel ini ditaja oleh Content Forum

seorang wanita melihat iklan media sosial di fon

Kredit: tirachardz/Freepik, edit: ZAYAN

Rata-rata hari ini ramai yang terlibat dalam bidang perniagaan sama ada sebagai sumber mata pencarian utama atau sampingan. Iyalah, jika dulu nak berniaga perlu buka kedai tetapi hari ini, medium pemasarannya dah ada di depan mata. Jadi, pandai-pandailah rebut peluang yang ada.

 

Ada banyak cara yang digunakan para peniaga untuk memasarkan produk termasuk gimik dan promosi secara agresif di ‘live’, video dan penulisan kandungan. Sesetengahnya hingga sampai melanggar etika dan garis panduan yang telah ditetapkan.

 

 

Salah satunya dengan menggunakan agama untuk melariskan jualan, atau bahasa mudahnya ‘tunggang’ atau ‘jual’ agama!

 

Macam Mana Nak Kenal Peniaga Tunggang Agama?

Ramai yang guna unsur agama sebagai strategi melariskan produk terutama makanan, kesihatan dan perkhidmatan.

Ini antara ciri-ciri untuk kenali peniaga yang ‘menjual agama’ untuk melariskan jualan: 

#1 Menggunakan perkataan-perkataan seperti makanan sunnah, mesra wuduk & mesra Muslim dalam posting dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

 

#2 Menggunakan penerangan agama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Sesetengah produk tu pula tiada perkaitan secara langsung pun dengan agama.

 

 

#3 Menggunakan kitab suci dan/atau mana-mana sumber agama untuk dikaitkan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

 

#4 Menggunakan pihak berkuasa agama, jabatan agama, ulama atau pendakwah supaya pengguna percaya dengan produk yang dijual.

 

#5 Menggunakan personaliti agama untuk menyediakan testimoni agama yang mempromosikan atau menyokong produk atau perkhidmatan.

 

 

#6 Membuat tuntutan atau memberi tafsiran palsu tentang ajaran mana-mana agama yang boleh mengelirukan, menimbulkan ketakutan atau memberi janji palsu kepada pengguna.

 

#7 Antara produk-produk yang boleh ditemui seperti perkhidmatan doa, air zam-zam, pakaian, aksesori, makanan sunnah yang dibaca 30 juzuk ayat al-Quran, produk makanan dan minuman, kelengkapan sembahyang dan produk kesihatan yang dijual pada harga yang mahal!

 

Cukup, cukuplah mengeksploitasi agama untuk keuntungan komersial!

Tidak kiralah agama apa sekali pun, penggunaan agama dalam apa jua bentuk iklan adalah dilarang bagi memelihara kesucian dan sensitiviti termasuklah iklan yang mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan kebimbangan atau ketidakharmonian di kalangan pengguna seperti yang tertulis di bahagian 3 Kod Kandungan.

 

 

Tetapi ini bukanlah bermakna kita tidak boleh langsung siarkan kandungan agama. Cuma, kenalah patuhi garis panduan yang dah ditetapkan.

 

Garis panduan khusus untuk penyiaran kandungan keagamaan

 

#1 Pendakwah & Penceramah Diperakui 

Jika ada pendakwah atau penceramah, kenalah pastikan dah dapat akreditasi daripada pihak berkuasa agama yang diiktiraf di peringkat kebangsaan, contohnya JAKIM atau jabatan mufti negeri.

 

#2 Hormat Menghormati 

Hormati Islam sebagai agama rasmi dengan tidak menyebarkan agama lain selain Islam dan tidak menidakkan hak kebebasan beragama masyarakat lain.  

 

 

Kandungan yang disiarkan pula kenalah menghormati dan mempromosikan keharmonian spiritual dan kepelbagaian agama. Bukannya terlalu fanatik dan kritikal atau mengecam dan menghina kaum atau agama lain.

 

#3 Fakta Yang Tepat 

Paling penting kenalah pastikan kandungan tu betul, fakta tepat dan tak tersasar dengan pihak berkuasa agama kebangsaan yang berkaitan atau ulama bertauliah.

 

Jom kita sama-sama pastikan kandungan yang dikongsi lebih sihat dan harmoni tanpa sebarang eksploitasi agama.

 

 

 

Anda juga boleh buat laporan kalau terjumpa mana-mana kandungan yang anda rasa offensive atau melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Untuk info lanjut tentang kod serta garis panduan penyiaran kandungan keagamaan, bolehlah layari Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan).

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}