Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Dilantik Menjadi Imam Tarawih Di Jepun, Abu Dzar Cipta Sejarah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Mar 2025, 01:50 PM

Sejarah tercipta apabila seorang lelaki berasal dari Kuala Lumpur, Ustaz Abu Dzar bin Mamat dilantik menjadi imam tarawih pertama dari Malaysia untuk berkhidmat di masjid pertama dan tertua di Jepun, Masjid Kobe.

Perkara tersebut dikongsikan di akaun Instagram rasmi masjid tersebut, @kobemuslimmosqueofficial.

dilantik menjadi imam tarawih di jepun, abu dzar cipta sejarah.

“Imam Abu Dzar amat menantikan peluang ini untuk bersama jemaah Masjid Kobe dalam bulan yang penuh keberkatan ini, mengeratkan ukhwah serta bersama-sama mencari rahmat dan keberkatan Allah SWT.

“Semoga Ramadan kali ini diberkahi penuh kedamaian, petunjuk, rohani buat semua.

“Kami dengan penuh keikhlasan menjemput semua untuk bersama kami dalam solat dan bermuhasabah diri,” memetik daripada keterangan gambar perkongsian tersebut.

Sementara itu, bapa kepada lima orang anak itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Kobe, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan pihak pengurusan masjid atas peluang yang diberikan kepadanya sepanjang bulan mulia ini.

Beliau turut berkongsi rasa teruja untuk mengimamkan jemaah di sana.

Imam Abu Dzar mula menjadi imam di Masjid Al Imam Ash-Shafie, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Beliau juga merupakan pengetua merangkap tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin Al-Furqan yang memberi bimbingan kepada generasi muda dalam bidang akademik dan pengajian Islam.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us