Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Imam Terlupa ‘On’ Mikrofon, Bilal Jadi Penyelamat

Detik mendebarkan ketika mengetuai solat sunat tarawih
Muhammad Izwan Zainal
18 Apr 2021, 08:00 AM

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang imam terlupa mahu menghidupkan suis mikrofonnya ketika menunaikan solat tarawih.

imam terlupa ‘on’ mikrofon, bilal jadi penyelamat

Penyanyi Furqan Fawwaz, kongsi pengalamannya di hantaran Instagram yang memaparkan aksi tersebut. Reaksi warganet teruja apabila bilal masjid itu datang membantu menghidupkan mikrofon tersebut.

Video tersebut meraih sebanyak 350,00 ribu tontonan di akaun Instagramnya.

“Pengalaman ngeri itu berlaku tahun ini rasanya, imam jer yang faham perasaan mikrofon tak bunyi, dalam hati macam-macam dah fikir,” katanya.

Ketika menunaikan solat tarawih Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Furqan berkata dia tidak terfikir untuk melihat mikrofonnya itu dan terus memakai sebelum mengimamkan solat sunat tarawih tersebut.

“Sebelum saya ada imam yang lain dan saya mengambil alih tugas sebagai imam selepas itu. Saya tidak berfikir panjang lalu terus memakai saja mikrofon tanpa sedar ia tidak dihidupkan.

“Saya hanya menjalankan amanah sahaja di masjid itu. Maafkan saya, saya tidak periksa betul-betul. Nasib baik bilal datang bantu,” katanya di akaun Instagramnya itu.

imam terlupa ‘on’ mikrofon, bilal jadi penyelamat

Berkelulusan dalam bidang Al-Quran Qiraat, Furqan melihat ramai mengambil berat dan memesannya untuk beringat ketika mengetuai solat tarawih nanti.

“Apapun selamat bertarawih ya semua, sasaran tahun ini tak nak terlepas langsung tarawih,” pesan Furqan.

imam terlupa ‘on’ mikrofon, bilal jadi penyelamat

Penyanyi kumpulan Zayne itu juga berterima kasih atas warganet yang sentiasa mengikutnya dan meraih pelbagai reaksi di akaun Instagramnya.

Sumber: Instagram Furqan Fawwaz

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}