Seperti seluruh dunia dan peminat sukan dah tahu, pemain bola sepak paling berbakat di dunia Cristiano Ronaldo telah berpindah daripada Real Madrid ke Juventus. Jumlah perpindahan tersebut menelan belanja lebih daripada 99.2 Juta Pound.
Perjanjian selama empat tahun itu membuatkan ramai peminat Juventus tidak sabar melihat aksi pemain bola sepak itu. Yang menariknya, kehadiran Cristiano Ronaldo telah memberi impak besar kepada penjualan jersey Juventus.
Menurut UNILAD, impak Cristiano Ronaldo telah membuatkan jersey Juventus meningkat sebanyak 40 peratus. Dikatakan jumah jualan jersey Juventus selepas perpindahan itu adalah sebanyak 60 juta.
Mengikut twitter Transfer News pula, jumlah Juventus jersey pada tahun 2016 sebanyak 850,000. Manakala jumlah sehari selepas kehadiran Cristiano Ronaldo adalah sebanyak 520,000.
Sumber: UNILAD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.