Baru-baru ini, tular sebuah foto memaparkan penerima suntikan vaksin COVID-19 di masjid membawa masuk selipar di ruangan solat.
Malah, foto itu jelas kelihatan individu-individu tersebut sedang duduk berbaris di atas kerusi sambil memegang bungkusan plastik selipar yang dipakai mereka.
Seorang pengguna Twitter ini bertindak tidak berpuas hati dan menuduh ia satu tindakan yang tidak patut dibuat di dalam masjid.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi penjelasan isu ini kepada individu berkenaan mengenai situasi yang tular tersebut.
“Ini gambar di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. Selipar dan kasut dimasukkan dalam plastik dan penerima vaksin bawa bersama ke dalam masjid,” katanya.
Beliau turut memaklumkan situasi ini tidak janggal kerana ia sering dilakukan di tanah suci seperti Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi.
“Selipar, kasut dalam plastik dan dibawa bersama dalam masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi,” katanya.
Rata-rata warganet berharap individu yang menyebarkan foto itu mengetahui perihal sebenar sebelum menuduh membuta tuli.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.