Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

[Video] Israel Dilanda Hujan Lebat Luar Biasa, Banjir Kilat Lumpuhkan Kawasan Selatan Negara

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 May 2025, 11:16 AM

[video] israel dilanda hujan lebat luar biasa, banjir kilat lumpuhkan kawasan selatan negaraFoto: Astro Awani

Beberapa kawasan di selatan Israel telah dilanda hujan lebat luar biasa pada Ahad, 4 Mei 2025 sebelum ini, yang mengakibatkan berlakunya banjir kilat dan gangguan besar kepada aktiviti harian penduduk tempatan.

Memetik laporan Awani, fenomena cuaca ekstrem ini turut disertai angin kencang dan ribut petir yang menyebabkan kerosakan infrastruktur serta kesukaran dalam pergerakan lalu lintas.

Antara kawasan yang paling terjejas ialah bandar pelancongan Eilat, di mana laluan utama menuju ke kawasan itu terpaksa ditutup buat sementara waktu.

 

@jul_create8 #Dimona #Israel #🇮🇱 #israel🇮🇱 #israeltiktok #izrael #flooding #may4 #may2025 ♬ Magma - Max Zotti

 

Sementara itu, di bandar Dimona, ribut kuat turut membawa bersama hujan batu, menambahkan lagi cabaran kepada penduduk yang terpaksa berdepan dengan cuaca buruk secara tiba-tiba.

Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan bahawa paras hujan yang turun di beberapa lokasi adalah sangat tinggi dan di luar kebiasaan.

Di Kibbutz Samar, sebanyak 34 milimeter hujan direkodkan dalam masa singkat, manakala di Kibbutz Yotvata pula, sebanyak 17 milimeter dicatatkan.

Menurut pihak meteorologi, jumlah ini adalah setara dengan taburan hujan tahunan di kawasan tersebut, menjadikan fenomena ini sangat luar biasa dan jarang berlaku.

Pihak berkuasa keselamatan dan kecemasan telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar mengelakkan daripada melalui kawasan yang dinaiki air.

Dalam pada itu, polis Israel turut menasihatkan agar tidak cuba merentasi jalan raya, sungai, atau kolam takungan yang sedang dipenuhi air kerana ia boleh membawa risiko kehilangan nyawa.

Penduduk yang berada di kawasan terjejas juga digesa untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting dan mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan.

Bagi mereka yang merancang untuk melakukan aktiviti luar seperti pendakian atau perkhemahan, mereka disaran agar mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada sumber rasmi sebelum meneruskan rancangan.

Fenomena ini menjadi satu peringatan jelas tentang kesan perubahan iklim global yang kini semakin ketara, di mana cuaca ekstrem boleh berlaku secara tiba-tiba dan menjejaskan kehidupan harian serta keselamatan orang ramai.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us