Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Mufti Kelantan Ulas Isu Silap Tertukar Bayi, Mangsa Wajib Untuk Tukar Kembali Bin/Binti

Dari segi Islam, bayi tertukar keluarga itu wajib tukar bin/binti sebenar.
Muhammad Izwan Zainal
28 Jun 2021, 02:28 PM

Isu kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

mufti kelantan ulas isu silap tertukar bayi, mangsa wajib untuk tukar kembali bin/binti

Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, anak sebenar mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

“Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia 'tersilap', jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan.

mufti kelantan ulas isu silap tertukar bayi, mangsa wajib untuk tukar kembali bin/binti

“Tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah...kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

“Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan),” katanya.

mufti kelantan ulas isu silap tertukar bayi, mangsa wajib untuk tukar kembali bin/binti

Isu ini dipandang serius susulan kejadian tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lalu tertukar akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Ia disedari pada September tahun lalu apabila ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sumber: Awani / Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}