Walaupun beberapa hari sudah lepas, namun kemeriahan majlis perkahwinan bekas pengacara MeleTOP, Noor Neelofa dan pendakwah bebas Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz masih menjadi bualan orang ramai sehingga ke hari ini.
Yang menjadi perbualan orang ramai adalah rekaan pelamin pasangan pengantin baru itu yang diinspirasikan oleh gunung yang menjadi titik pertemuan Nabi Adam dan Hawa, iaitu Jabal Rahmah.
Difahamkan majlis itu dihiasi dengan 4 tan bunga ros segar untuk merealisasikan impian pelamin pada hari bahagia pasangan tersebut. Perhiasaan majlis itu direka oleh pereka majlis terkenal Rekateemor.
“The Jabal Rahmah. Tiga minggu menyorok dari paparazi untuk merahsiakan pelaminan berinspirasikan pergunungan di mana Adam & Hawa dipertemukan,” tulis pihak Rekateemor di Instagram.
Neelofa, 32 dan PU Riz, 26, disatukan dalam majlis tertutup serba putih yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Majlis itu dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan rapat selebriti.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.