Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Jakim Tarik Balik Produk Makanan Bersijil Halal Di Indonesia

IDRUS, Husna Najwa
22 Apr 2025, 03:22 PM

jakim tarik balik produk makanan bersijil halal di indonesia

Foto: Jakim 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengarahkan penarikan balik produk makanan yang mendapat pensijilan halal di Indonesia selepas dikesan mengandungi DNA babi (porcine). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee, dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai langkah pencegahan awal, Jakim bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk menjalankan pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh ke atas produk-produk berkenaan sekiranya ia berada di pasaran tempatan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pengimport yang terlibat diminta segera menghubungi Jakim melalui e-mel ukkjakim@islam.gov.my dan menarik balik produk tersebut dari pasaran Malaysia.

Langkah ini diambil bagi menjaga hak pengguna Muslim dan memastikan integriti sijil halal negara kekal terpelihara.

“Justeru itu, Jakim menyeru orang ramai untuk turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sekiranya menjumpai produk-produk tersebut di pasaran.”

“Aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM melalui pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do. "

Jakim komited memastikan hanya produk yang mematuhi piawaian halal dibenarkan di pasaran demi melindungi pengguna Muslim. 

Jakim juga memandang serius pengumuman BPJPH dan BPOM Indonesia mengenai penarikan balik produk yang dikesan mengandungi DNA babi.

Jakim menyokong tindakan tegas pihak berkuasa Indonesia dalam isu pematuhan halal. Menurut BPJPH, 11 batch daripada 9 produk makanan dikesan mengandungi DNA babi hasil analisis makmal.

Sumber: Jakim

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us