Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Memelihara Keharmonian Masyarakat Bermula Dengan Akhlak Asas

IDRUS, Husna Najwa
12 Dec 2025, 10:55 AM

memelihara keharmonian masyarakat bermula dengan akhlak asas

Foto: JAKIM

Keharmonian dalam sesebuah masyarakat bukanlah hadir secara tiba-tiba, tetapi lahir daripada amalan akhlak mulia yang dipupuk setiap individu. Dalam kehidupan seharian, perkara yang paling asas dan sering kali dianggap kecil sebenarnya menjadi penentu kepada suasana yang aman dan menenangkan. Antara akhlak asas yang perlu dijaga ialah tidak mengganggu orang lain, menjaga tutur kata, tidak membuat bising dan menghormati hak jiran.

Menjaga tutur kata, misalnya, mencerminkan kehalusan budi seseorang. Kata-kata yang baik mampu menyejukkan hati, mengelakkan salah faham dan menguatkan hubungan sesama manusia. Sebaliknya, kata-kata kasar boleh memecah-belahkan hubungan dan menimbulkan permusuhan. Begitu juga dengan sikap tidak membuat bising di kawasan umum atau di kediaman, terutama pada waktu malam kerana ia menggambarkan sensitiviti kita terhadap keselesaan orang lain.

memelihara keharmonian masyarakat bermula dengan akhlak asas

Foto Hiasan

Menghormati hak jiran pula adalah asas kehidupan berjiran yang harmoni. Tidak mengambil atau menggunakan hak mereka tanpa izin, tidak menyusahkan mereka dengan perlakuan yang tidak wajar dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain merupakan tanda masyarakat yang matang dan bertanggungjawab.

Inilah sifat-sifat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu bentuk sedekah diri iaitu amalan kebaikan yang tidak memerlukan harta, namun memberi manfaat yang besar kepada orang di sekeliling. Dengan memulakan kebaikan kecil seperti ini, kita bukan sahaja menjaga hubungan sesama manusia, malah menyuburkan ketenangan dalam diri.

Semoga kita semua dapat mengamalkan nilai-nilai ini dalam kehidupan harian. Kebaikan yang kecil, jika dilakukan oleh ramai orang, mampu membentuk masyarakat yang penuh kasih sayang, hormat-menghormati dan harmoni.

Sumber: JAKIM

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us