Fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 26 Mei 2021 (Rabu) jam 7.18 petang hingga 8.52 malam hari ini.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengadakan solat sunat Khusuf serta Khutbah Gerhana selepas solat Maghrib.
Orang ramai juga disarankan untuk melakukan solat sunat Khusuf di kediaman masing-masing.
Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT di dalam segenap aspek kehidupan yang perlu dijadikan iktibar bersama oleh semua umat Islam.
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.