Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Langgar Peraturan Haji Boleh Dikenakan Denda RM23,000 dan Disekat Masuk 10 Tahun

ROSTAM, Mohamad Firdaus
02 May 2025, 04:47 PM

langgar peraturan haji boleh dikenakan denda rm23,000 dan disekat masuk 10 tahunFoto sekadar hiasan

Kerajaan Arab Saudi mengetatkan kawalan pelaksanaan ibadah haji tahun ini dengan mengenakan hukuman berat terhadap individu yang menunaikan haji tanpa permit sah. 

Memetik laporan Kosmo, mana-mana individu yang melanggar peraturan ini bakal dikenakan denda sehingga 10,000 riyal Saudi (sekitar RM23,000) dan disenarai hitam daripada memasuki negara itu selama 10 tahun.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, tindakan ini bertujuan memastikan kelancaran dan keselamatan jemaah serta mengelakkan kesesakan yang boleh mengganggu ibadah.

Peraturan ini juga ditujukan kepada warga asing yang cuba menyelinap masuk ke Makkah tanpa kebenaran rasmi, mereka akan dihantar pulang serta-merta dan dilarang kembali selama satu dekad.

Lebih tegas lagi, mereka yang membantu atau bersubahat membawa masuk individu tanpa permit boleh dikenakan denda sehingga 97,500 riyal Saudi (lebih RM110,000).

Kementerian Haji dan Umrah negara itu mengingatkan bahawa permit haji adalah dokumen khusus yang tidak boleh digantikan dengan visa lawatan biasa. Justeru, semua bakal jemaah diseru mematuhi peraturan dan mendapatkan permit menerusi saluran sah sahaja.

Pelanggaran peraturan ini bukan hanya menjejaskan peluang individu terbabit untuk menunaikan haji, tetapi juga berisiko mencemarkan kemuliaan ibadah yang menjadi rukun Islam kelima tersebut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us