Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan dan bukannya Miri, kata abangnya

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah warga Sarawak berusia 25 tahun akan dikebumikan di Pekan, Pahang.
AJRI ROSLAN
17 Jul 2024, 09:29 AM

nur farah kartini akan dikebumikan di pekan dan bukannya miri, kata abangnya

SUNGAI BULOH: Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah warga Sarawak berusia 25 tahun akan dikebumikan di Pekan, Pahang.

Abangnya, Mohd Farriza Azmi, 28, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Farriza bagaimanapun berkata, butiran lain seperti masa keluarga akan menuntut mayat mangsa dan lokasi sebenar tanah perkuburan akan diberikan kemudian.

Sementara itu, anggota media telah mula berkumpul di luar jabatan forensik Hospital Sungai Buloh, di mana bedah siasat dijalankan ke atas mayat Nur Farah Kartini, seawal jam 7.15 pagi hari ini.

Sebelum ini, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 11 Julai lalu selepas gagal pulang ke rumah selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Dia kali terakhir dilihat pada 10 Julai memakai pakaian korporat tempat kerjanya dan menaiki kereta merah.

Pada Isnin (15 Julai), lans koperal polis, yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu, membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu. Selangor, jam 6 petang.

Suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
ads-with-us