Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Puluhan Tahun Dikebumikan, Jasad Hafizah di Mesir Kekal Elok

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Aug 2025, 10:32 AM

puluhan tahun dikebumikan, jasad hafizah di mesir kekal elokFoto: Thread

Sejak beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan kisah mengenai arwah Zara yang dikatakan jasadnya kekal sempurna meskipun telah lama dikebumikan. Ada yang percaya keadaan itu berpunca daripada kebaikan arwah semasa hidup, namun tidak kurang juga yang meragui, malah ada yang mengejek.

Seorang individu berkongsi pengalamannya ketika menuntut di Mesir, menceritakan sistem perkuburan unik yang terdapat di negara tersebut. Di Kaherah, wujud sebuah kawasan yang dikenali sebagai rumah kubur. Dari luar, binaannya menyerupai rumah biasa dengan keluasan sekitar 10x10 meter atau 20x20 meter. Ia mempunyai pintu, dinding dan bumbung, sehingga sesiapa yang lalu tidak menyangka bahawa ia sebenarnya kawasan perkuburan.

Di dalam rumah kubur tersebut, terdapat satu pintu yang menuju ke bahagian bawah tanah. Pintu ini disimen rapat bagi menghalang bau mayat daripada keluar. Apabila ada jenazah baharu, penjaga kubur akan memecahkan simen tersebut untuk memberi laluan masuk.

Di bawah tanah, kelihatan susunan katil batu panjang yang berbaris, digunakan sebagai tempat meletakkan jenazah. Apabila ruang penuh, tulang-tulang lama akan dikumpulkan dan disusun di satu sudut bagi memberi ruang kepada jenazah baharu.

Antara banyak rumah kubur yang ada, terdapat sebuah khusus untuk masyarakat Melayu. Di sinilah dikebumikan jenazah pelajar, rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja dari tanah air yang meninggal dunia di Mesir.

Di rumah kubur Melayu ini, tersebar satu kisah yang menjadi bualan dalam kalangan pelajar Malaysia, bahkan ada yang mendakwa pernah menyaksikannya sendiri. Kisah itu berkaitan seorang wanita Muslimah, seorang hafizah yang menghafaz 30 juzuk al-Quran, yang meninggal dunia pada era 1980-an.

Setiap kali pintu simen dibuka untuk membawa masuk jenazah baharu, jasad wanita ini dikatakan masih kelihatan sempurna. Tubuhnya tidak reput, tidak hancur, seolah-olah baru dikebumikan sehari sebelumnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sebak dan keinsafan kepada sesiapa yang melihatnya, menyedarkan bahawa fenomena seperti ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Menurut perkongsian tersebut, terdapat sepuluh golongan yang jasadnya tidak akan hancur di dalam kubur:

  • Mereka yang berperang di jalan Allah (jihad fisabilillah)
  • Orang alim
  • Muazin
  • Pembawa al-Quran
  • Para nabi
  • Mereka yang mati syahid
  • Wanita yang meninggal dunia ketika nifas
  • Mereka yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
  • Mereka yang terbunuh akibat dizalimi
  • Mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat

Fenomena ini mengingatkan bahawa husnul khatimah itu benar adanya, dan menjadi tanda kemuliaan bagi insan yang diberikan rahmat oleh Allah SWT.

Sumber: Thread

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us