Bulan Ramadan dipilih sebagai bulan yang mulia kerana ia merupakan bulan yang turunnya kalam Allah, bulan yang telah dijadikan Kota Mekah dan Madinah sebagai kota suci serta bulan yang menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid utama.
Hari Jumaat pula telah Allah pilih sebagai Sayyidul Ayyam, iaitu hari yang paling utama kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti hari yang diceritakan sebagai penciptaan Nabi Adam dan juga yang bakal terjadinya kiamat. Berikut adalah merupakan keunikan hari Jumaat.
#1 Hari Orang Mukmin
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Mafhum: “Wahai orang-orang beriman! Apabila diserukan azan
untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
Surah Al-Jumu’a (62:9)
#2 Doa Dimakbulkan
إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ
Maksud: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba Muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah akan memberinya apa yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas Asar.”
Hadis Riwayat Ahmad (no. 108)
#3 Hari Tiupan Sangkakala
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ
Maksud: “Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat. Di hari itu, Adam diciptakan, pada hari itu Adam meninggal, pada hari itu berlaku tiupan sangkakala pertama dan pada hari itu pula berlaku tiupan yang kedua.”
Hadis Riwayat Uwais bin Aus (no. 910)
#4 Penduduk Syurga Dapat Melihat Allah
لَهُم مَّا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
Mafhum: “Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hari mereka).”
Surah Qaf (50:35)
#5 Hari Yang Afdal
ويسن كثرة الصدقة وفعل الخير في يومها وليلتها، ويكثر من الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم في يومها وليلتها لخبر: إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي
Maksud: “Sesungguhnya hari yang paling afdal adalah hari Jumaat. Kerana itu, perbanyakkanlah membaca selawat ke atasku kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.”
Hadis Riwayat Bukhari (no. 2688)
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.