Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kad Nusuk Dilengkapi Kod QR Elak Pemalsuan

IDRUS, Husna Najwa
29 Apr 2025, 10:26 AM

kad nusuk dilengkapi kod qr elak pemalsuan

Foto: Bernama

Kad Nusuk yang telah ditambah baik kini mempunyai kod QR bagi mengelakkan pemalsuan, menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Kad ini dilengkapi ciri keselamatan ketat oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, menyukarkan usaha penyalinan.

"Maknanya, kalau ada sebarang usaha untuk buat salinan, ia agak sukar sebab dilengkapi beberapa lapisan keselamatan yang telah ditambah baik oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1446H/2025M di sini pada Selasa.

Kad Nusuk telah digunakan sejak tiga tahun lalu sebagai dokumen rasmi jemaah haji dan diperlukan untuk memasuki tempat-tempat ibadah di Mekah dan Madinah. Mohd Na’im menasihati jemaah agar menjaga kad seperti MyKad kerana ia mengandungi data penting seperti pasport dan visa.

Beliau berkata, sejak Kad Nusuk yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri jemaah haji diperkenalkan tiga tahun lepas, ia membantu memudahkan jemaah haji dari seluruh dunia untuk memasuki Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah serta tempat-tempat ibadah haji lain ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

“Kalau katakan jemaah haji Malaysia, dia nak masuk ke Masjid Al-Haram atau Masjid Al-Nabawi, tanpa ada kad ini dia tak boleh masuk. Jadi dia kena bawa Kad Nusuk ini,” katanya.

Tahun ini, 31,600 jemaah akan ke Tanah Suci melalui 100 penerbangan khas oleh AMAL dan Saudia Airlines, bermula hari ini hingga 1 Jun, dengan kumpulan pertama tiba di Madinah pada pagi esok.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us