Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

‘RM7, RM14 & RM21', Kadar Zakat Fitrah Kedah Tahun Ini

Mudah sahaja nak bayar zakat kali ini tau
Muhammad Izwan Zainal
12 Apr 2021, 06:00 PM

Tiga kadar zakat fitrah telah ditetapkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi negeri Kedah tahun ini iaitu RM7, RM14 dan RM21.

‘rm7, rm14 & rm21’ kadar zakat fitrah kedah tahun ini

Menurut Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang, penetapan itu dilakukan  berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

"Kadar RM7 adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian daripada beras jenis super special tempatan dan setaraf dengannya, manakala RM14 adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.

"Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian daripada beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya," katanya lagi

‘rm7, rm14 & rm21’ kadar zakat fitrah kedah tahun ini

Mereka menyasarkan kutipan zakat fitrah tahun ini sebanyak RM11.5 juta, berbanding kutipan tahun lepas sebanyak RM10.6 juta.

Kebanyakkan orang sudah kembali bekerja berbanding tahun lepas, jadi pihak lembaga zakat menyasarkan peningkatan bagi pembayaran zakat fitrah tahun ini.

"Tahun lepas kita tetapkan zakat fitrah pada empat kadar iaitu RM5, RM7, RM14 dan RM21, kadar RM5 diumumkan bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan menunaikan kewajipan itu semasa penularan pandemik COVID-19.

"Namun, ramai memilih membayar zakat pada kadar RM7 walaupun terdapat pilihan RM5, jadi tahun ini kita tetapkan semula serendah RM7 dan kita jangkakan akan ada peningkatan kutipan tahun ini," ujarnya lagi

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}