Ketibaan bulan Ramadan amat dinantikan umat Islam seluruh dunia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan sudah tentu ada kewajipan yang perlu ditunaikan antaranya adalah zakat fitrah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5.
Bagi mereka yang berkemampuan, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka dan bergantung juga kepada jenis beras yang dimakan.
"RM5 iaitu kadar wajib dan minimum berdasarkan nilai beras Super Tempatan Gred (15 peratus kandungan beras hancur), RM7 bagi pengguna beras Super A (lima peratus kandungan beras hancur) dan RM14 untuk pengguna beras Super Import dan Basmathi biasa.
"Mereka (pembayar zakat) boleh pilihlah (kadar bayaran zakat fitrah), ini berdasarkan kepada jenis beras yang mereka makan," katanya lagi.
Pembayaran zakat fitrah lebih mudah dengan melakukan pembayaran secara dalam talian menerusi laman rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di www.maiwp.gov.my dan juga aplikasi pembayaran dalam talian yang lain.
Ayuh, kita laksanakan kewajipan kita di bulan Ramadan ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.