Kalau sebelum ini selalunya akan dengar cerita tentang batu asteroid yang jatuh ke bumi akan dijual pada carga yang tinge ataupun tanah dari Bulan dikatakan mampu mencecah jutaan ringgit. Tapi pernah tak terfikir, jika Bumi ini dijual, berapakah nilai harganya?
Melalui laporan yang dikongsikan di Treehugger, seorang penolong profesor astronomi dan astrofizik dari University of California, Greg Laughin telah mengembangkan satu formula untuk mengetahui harga sebenar Bumi.
Beliau menganggarkan bahawa planet yang menjadi tempat manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup ini boleh dibeli dengan harga USD$ 5,000,000,000,000,000 atau 5 quadrillion dolar Amerika Syarikat (sekitar RM20,355,538,058,499,996.00).
Serius lah!
Harga ini dinilai berdasarkan kualiti planet Bumi. Ia dapat dilihat dari segi jisim planet, suhu, usia, dan faktor-faktor lain yang secara langsung menyumbang kepada kemampuannya untuk kehidupan. Semakin tua bintang, semakin tinggi nilainya.
Laughlin turut membandingkan harga Bumi dengan planet lain di sistem suria.
Menurut beliau, nilai pasaran planet Marikh hampir sama dengan harga kereta terpakai iaitu pada harga USD$ 16,000 (sekitar RM65,000). Manakala Venus, planet yang berada dekat dengan Matahari pula dinilai berharga hanya satu sen.
Dalam kenyataannya, Laughlin berkata bahawa dia tidak ingin nombor ini diperdebatkan. Bahkan, dia berharap agar manusia lebih menghargai dan menjaga Bumi dengan lebih baik.
“Formula ini membuat anda menyedari betapa berharganya Bumi dan saya harap ia dapat membantu kita sebagai masyarakat untuk melindungi apa yang kita miliki,” kata Laughlin.
Sumber: Treehugger
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.