Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Kalau Hajat Belum Tercapai, Boleh Ke Makan Daging Korban Nazar?”- Ini Penjelasannya

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Jun 2025, 03:19 PM

“kalau hajat belum tercapai, boleh ke makan daging korban nazar?”- ini penjelasannyaFoto sekadar hiasan

Menjelang Hari Raya Aidiladha yang semakin hampir, ramai yang mula membuat persiapan untuk melaksanakan ibadah korban. Dalam kalangan umat Islam, antara persoalan yang sering timbul adalah mengenai korban nazar.

Lebih khusus lagi, ramai yang tertanya-tanya tentang hukum memakan daging korban nazar sekiranya hajat yang diniatkan itu belum tercapai.

Dalam Islam, korban secara umumnya adalah amalan sunat yang sangat digalakkan, namun apabila ia dikaitkan dengan nazar, hukumnya berubah menjadi wajib.

Contohnya, seseorang mungkin pernah berkata dalam hati atau secara lisan, "Kalau aku lulus peperiksaan ini, aku nak korban seekor kambing." Sekiranya hajat itu tercapai, maka korban yang dijanjikan itu wajib ditunaikan.

Menurut penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, apabila seseorang melaksanakan korban kerana nazar dan hajatnya sudah dimakbulkan, maka dia tidak boleh makan sedikit pun daripada daging tersebut.

Semua daging wajib disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin. Ini berbeza dengan korban sunat yang membolehkan pemilik korban menikmati sebahagian daripada dagingnya.

Perkara ini disandarkan pada hadis riwayat Aisyah RA yang menyebut, “Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah, maka hendaklah dia taat kepada-Nya. Dan sesiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat, maka janganlah dia melakukannya.”

Hadis ini menjadi asas dalam memahami hukum dan ketetapan berkaitan nazar dalam Islam.

Timbul pula persoalan, bagaimana jika seseorang sudah bernazar tetapi memilih untuk menyembelih korban sebelum hajatnya tercapai? Dalam kes seperti ini, korban yang dilakukan itu dianggap sebagai korban sunat, bukan korban nazar.

Oleh itu, dia boleh makan sebahagian daripada dagingnya kerana korban itu belum lagi memenuhi syarat sebagai nazar.

Namun, jika seseorang telah menyembelih korban dengan niat sebagai nazar, dan dia makan daging tersebut sebelum hajatnya tertunai, maka dia perlu membayar ganti rugi. Nilai daging yang dimakan perlu dinilai dan dibayar kepada golongan fakir miskin.

Tidak perlu menggantikan dengan sembelihan baru, cukup sekadar bayar nilai daging tersebut.

Kesimpulannya, untuk elakkan sebarang kekeliruan atau kekhilafan dalam menunaikan nazar, adalah lebih baik jika setiap perancangan dilakukan dengan ilmu dan bimbingan daripada pihak berautoriti. Niat yang baik akan lebih bermakna jika disusuli dengan kefahaman yang betul tentang hukum agama.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us