Inisiatif membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di masjid, surau dan pondok diambil Kelantan bagi memudahkan penduduk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin, lebih enam lokasi melibatkan rumah ibadat dan akan beroperasi selama lima hari dengan sasaran 400 suntikan sehari di setiap PPV tersebut.
“Walaupun ia dilaksanakan di masjid tetapi tidak terhad kepada golongan Muslim sahaja. Malah ada juga 10 hingga 20 peratus golongan bukan Muslim turut hadir untuk mendapatkan suntikan di PPV sementara ini.
“Setakat ini, 600 orang telah menerima suntikan vaksin di PPV sementara ini,” katanya.
Tambahnya, fokus utama inisiatif ini untuk memastikan lebih ramai penduduk menerima suntikan vaksin secepat mungkin bagi melindungi diri dan komuniti setempat.
“Pihak kami juga mendapat sokongan daripada penggawa serta Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menjalinkan kerjasama bagi mengumpul nama-nama selain mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.