
Foto: Instagram
Dunia perfileman tempatan digegarkan dengan pelancaran rasmi filem Keluang Man, sebuah adaptasi aksi nyata ataupun live-action daripada siri animasi ikonik Malaysia yang pernah mencuri hati rakyat pada era 90-an. Filem yang telah lama dinantikan ini dilancarkan secara rasmi pada satu majlis tertutup di Aurum Theatre, The Exchange TRX, dan dihadiri oleh para selebriti, penggiat industri perfileman, serta pengamal media.
Keluang Man, watak ciptaan Allahyarham Kamn Ismail, merupakan seorang wira jalanan berstatus pesakit mental yang memperjuangkan keadilan di sebuah bandar. Dengan elemen satira sosial yang kuat dan keunikan wataknya, siri ini mencipta fenomena tersendiri dalam dunia hiburan tempatan. Kini, setelah dua dekad kemudian, watak ini dihidupkan semula dalam versi moden dengan teknologi kesan khas terkini dan naratif yang lebih mendalam.
Filem ini diarahkan oleh Anwari Ashraf, dan ia tidak sekadar menjanjikan nostalgia, tetapi juga memberikan tafsiran baharu terhadap tema kesihatan mental, keadilan sosial, dan identiti nasional.
Watak utama, Keluang Man atau Borhan, dibawakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar atau Nas-T disamping Dato’ Rosyam Nor, Remy Ishak dan Shweta Sekhon dan ramai lagi.
Pelancaran filem ini turut menampilkan tayangan trailer rasmi dan sesi pertemuan bersama pelakon serta kru produksi.
Keluang Man bukan sekadar adiwira biasa. Dia adalah lambang semangat rakyat Malaysia, pelik tapi berani, gila tapi jujur. Dan kali ni, dia datang dengan lebih besar, lebih kuat, dan lebih bergaya dari sebelum ni.
Filem ini dijangka ditayangkan di seluruh negara mulai 29 Mei 2025.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.